fbpx

Foto Mirip Baby Shima Bercium Di Kelab Malam, Pegang Gelas Minuman

Nampaknya ada sahaja kontroversi terpalit penyanyi dangdut Baby Shima. Terbaru, tular foto miripnya bersama seorang lelaki di sebuah pusat hiburan.

Memetik laporan mStar, Shima Mengakui bahawa individu berkenaan adalah dirinya serta meminta netizen tidak sibuk tentang hal peribadinya kerana apa yang dilakukannya itu tidak menganggu orang lain.

BACA: Baby Shima Hairan Dibenci Sedangkan Tak Kacau Orang

“Saya rasa saya tiada kembar, iya itu memang saya… so kenapa ada masalah ke? Rasanya saya tak perlu nak beritahu siapa lelaki dalam gambar tersebut sebab tiada kepentingan pun untuk korang. Apa yang saya buat itu tak ganggu hidup orang lain,” katanya.

Berdasarkan beberapa keping foto dihantar kepada pihak mStar, penyanyi itu didakwa seperti sedang mencium lelaki tersebut sambil memegang segelas minuman.

Ditanya adakah kontroversi ditimbulkan itu sengaja dibuat untuk meraih perhatian, Shima sebaliknya menyalahkan netizen. Katanya lagi, dia tidak pernah ada niat untuk timbulkan kontroversi.

“Sebenarnya apa yang berlaku pada Shima ni bukan nak tarik perhatian orang atau nak timbulkan kontroversi tapi semuanya disebabkan mulut orang. Daripada mulut orang la yang tarik perhatian dan media pick up.

“Ya saya memang nakal tapi tiada la sampai kacau suami orang, kacau rumah tangga orang atau minta duit mak bapa kau,” katanya.