fbpx

Baby Shima Dikecam Bergelek Sakan Nyanyi Lagu Raya

Sebut saja nama Baby Shima, ada saja kontroversi terpalit penyanyi dangdut itu. Baru-baru ini, Baby Shima dikecam apabila tular video memaparkan dia sakan bergelek.

Difahamkan, Baby Shima membuat persembahan di sebuah majlis rumah terbuka hari raya baru-baru ini menyanyikan lagu Sesuci Lebaran nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.

BACA: Baby Shima Bengang Lagu-Lagu Raya Baru Merepek

Rata-rata netizen mengatakan Shima tidak perlu bergelek ketika menyanyikan lagu raya. Tampil mempertahankan dirnya, Shima berkata dia melakukan tarian zapin dan bukannya bergelek seperti disangka ramai.

Shima mengakui tariannya ada sedikit kesilapan dan kamera yang dirakam dari tepi menampakkan dia seperti sedang bergelek.

https://www.tiktok.com/@babyshimaofficial/video/7100827038839328027?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

“Ramai bising-bising katanya disebabkan Shima bergelek menyanyi lagu raya. Padahal saya zapin lah. Tapi zapin saya agak silap sikit dan disebabkan sudut kamera dirakam dari tepi, lagilah nampak macam saya bergelek.

“Lagi-lagi saya ini seorang penyanyi dangdut. Asal tergoyang sikit punggung, nampak macam tengah bergelek. Disebabkan kain dipakai, kaki saya tak boleh melangkah dengan lebar jadi nampaklah macam bergelek,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi video dikongsikan di TikTok itu Shima turut memasukkan keratan video tarian zamin tentang persamaan gerakan yang dilakukannya.

Meskipun sudah memberikan penjelasan, diruangan komen ada netizen yang terus mengecam penyanyi itu serta mendakwa Shima tidak pernah mengaku salah.