Baby Shima Bengang Lagu-Lagu Raya Baru Merepek
Baru-baru ini perkongsian video oleh penyanyi Baby Shima menjadi perhatian apabila menempelak lagu raya sekarang yang disifatkan mengarut dan merepek.
Menerusi video itu, Shima turut menyebut ada yang tampil dengan pondan-pondan, dengan solekan tebal dalam lagu raya sekarang.
BACA: Baby Shima Dipuji Kemas Pinggan Lepas Makan Di Kedai
View this post on Instagram
“Dengan mekap tiga kilonya, dengan baju buruknya dan selepas itu gatal-gatal dalam lagu raya. Apa benda yang mengarut, merepek sangat ini?,” luahnya.
“Tidak menyebut mana-mana pihak, Shimaberkata dia sekadar meluahkan pendapat sebagai seorang yang terbabit dalam industri hiburan tanah air. Saya tak maksudkan sesiapa dan terpulanglah jika ada yang kaitkan saya tujukan kepada individu tertentu.
“Sebagai penggiat seni, sudah tentunya saya mahu yang terbaik untuk industri hiburan kita agar tidak dipandang lekeh oleh mana-mana pihak,” katanya.
Dalam video itu juga, Shima turut memberitahu dia muncul dengan single lagu raya berjudul Pulang yang dikeluarkan semalam dan yakin siapa yang dengar pasti akan terngiang.
“Anda kena dengar lagu raya saya. Memang ‘best’. Saya yakin anda akan komen lagu yang paling terbaik adalah lagu Pulang. Lagu saya paling ‘best’. Saya yakin bila anda dengar pasti apabila jalan akan terngiang-ngiang, ternyanyi-nyanyi lagu ini,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Biasa jek lagu ko x sdp pun..
Lagu alip matrip x ada kualiti
Lagu raya ni benda wajip yg kena ada ialah melodi melayu bkn melodi pop melayu atau balada melayu tp lagu asli melayu. X kisahlah melodi kt vokalnya atau pd susunan muziknya. Lagu2 raya 60an dulu2 walau muzik mrk muzik moden pop yeh2 tp melodi vokalnya kuat dgn feel dan lengguk melodi melayu. Mcm tu jugak dgn lagu2 raya zmn 70-80an. Cuma era 90an kita tngk ada komposer bawa masuk elemen muzik dari arab, turki dgn stail world music yg moden utk beri nafas baru pd lagu2 raya zmn tu. Cuba dengar lagu M.Nasir satu hari dihari raya. Korg akan terngiang2 dgn bunyi seruling yg ala2 muzik turki dan elemen ketimuran tu! Lagu2 skrg xde jiwa mcm itu, tu yg buat lagu2 skang xde apa yg menarik atau diingati.
Sibok la nak limelight jugak ni pon… tak mintak duit opah ko pon. Bingit nya lahaiiii.. semua nk tumpang glamer.
Geli la dah tua msh berbabie babie bagai!!!!
x suka tutup je telinga xde sape letak parang kat leher paksa ko pun dek oiiii!!!!!!
Rotibasi ni pun artis gred c x pyh la buat konten buat habis data jer
Ya syg abg sokong bby..
mengade..nampak katbtiktok tunjuk teaser kepulangan konon pegi nangis katbkubur kristian.agak2 ler.nak cari publisiti.even ko ckp atuk ke moyang ko yg kristian.dah knp nk cipta kontroversi.ramai lagi sedara mara yg mati islam.buatla lawat kubur islam.saje je.sohor nk bgtau asal kristian ke.ko lawat pun nk baca apa.nak doa apa.mmg dah tau sendirikan.hmm manusia