fbpx

“Baba Yang Tak Nak Jumpa, Apa Pula Nak Salahkan Mummy Zaki”

Nampaknya hubungan dingin antara penyanyi Datuk Jamal Abdillah dengan anaknya, Zaki Yamani semakin panas.

Memetik mStar Online, penyanyi 16 tahun menegaskan ibunya tidak menghalang dia dan bapanya untuk bertemu sekaligus bercanggah dengan kenyataan Jamal sebelum ini.

BACA: “Saya Rindu Tapi Mungkin Babah Sibuk, Ada Keluarga Baru” – Anak Jamal Abdillah

“Baba yang tak nak jumpa Zaki, apa pula nak salahkan mummy Zaki. Cukuplah baba buat cerita macam-macam. Benda tak betul semua tu.

“Tiada siapa yang tak bagi, ayah sendiri yang tak nak jumpa anak,” tulisnya di ruangan komen Instagram mStar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zaki Yamani (@zakiyamani._)

Sementara itu, semalam menerusi satu perkongsian video di Instagram, Zaki turut meminta supaya bapanya berhenti memburukkan ibunya yang selama ini menjaganya.

“Kepada baba, Zaki harap berhenti burukkan mummy sebab selama ini kalau Zaki sakit dia yang ada jaga. Baba boleh je nak jumpa Zaki, baba janji nak jumpa tapi tak datang. Zaki WhatsApp baba tak balas, call pun tak jawab,” katanya.

Zaki turut menyertakan kapsyen meminta bapanya untuk menghubungi serta membalas mesejnya selepas melihat video tersebut. Ujarnya, sudah berminggu mesejnya tidak dibalas.

Terdahulu, Jamal mendakwa dihalang oleh bekas isterinya, Fatimatuzahra Samad untuk bertemu dengan anaknya.