fbpx

Sebut saja nama Zaki Yamani pasti ramai tahu remaja berusia 16 tahun itu merupakan anak kepada Raja Pop tanah air iaitu Datuk Jamal Abdillah.

Memetik Utusa, Zaki mendedahkan kali terakhir dia menyambut lebaran berasma bapanya sekitar lapan tahun lalu.

BACA: Baru 16 Tahun, Anak Jamal Abdillah Dah Jadi Tauke Kedai Makan

Bagaimanapun, Zaki berkata dia tidak memaksa Jamal mahupun untuk kembali seperti waktu dahulu kerana memahami bapanya itu sudah mempunyai keluarga baru.

“Saya akui, dulu selalu jumpa dengan babah. Kali terakhir berpeluang beraya dengan dia pun masa tahun 2015. Masa itu, saya darjah tiga.

“Boleh dikatakan, masa umur saya sekitar 7 atau 8 tahun, saya rapat juga dengan babah. Kemudian dah kurang. Mungkin sebab babah sibuk, atau sudah ada keluarga baru,” katanya yang kelihatan cuba menahan air mata.

Ditanya sama ada dia ada menghubungi bapanya, Zaki berkata dia ada berbuat demikian namun dia tahu bapanya mungkin sedang sibuk. Zaki mengakui dulu dia pernah rasa sedih namun baginya adalah lebih baik jika meneruskan kehidupan masing-masing.

“Kalau pasal jumpa pula, bergantung kepada dia, nak jumpa atau tidak. Tak nak jumpa pun tak mengapa. Kalau saya ada lesen kereta, dah lama saya berjalan ke tempat dia.

“Bukan saya yang menjauh, tapi saya rasa mungkin dia yang sibuk. Sebab itulah, sejak dulu, apa-apa saya memang dengan mummy. Kami berdua sama-sama uruskan kehidupan kami.

“Dulu, adalah juga rasa sedih. Ada juga rasa yang dipendamkan dalam hati, Tapi saya fikir, lebih baik kami fokus pada kehidupan masing-masing. Nak cakap lebih-lebih pun, saya jadi tak reti,” katanya.