Azwan Ali Bertanding PRU-14 Lawan Abang Sendiri
Agak lama juga tidak dengar khabar daripada Azwan Ali dan baru-baru ini, dia mengesahkan mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dana akan menentang abangnya sendiri iaiatu Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
BACA: Kerana Komen Bidas Neelofa Dipadam, Azwan Ali Mengamuk
“Saya berjuang atas prinsip dan perjuangan untuk menjahanamkan Azmin Ali. Ini adalah satu tugasan dan amanah yang mungkin orang lain tak mampu nak buat. Walaupun dikecam menjatuhkan darah daging sendiri, terpulanglah, kerana saya lebih mengenali pengkhianat bangsa ini,” jelasnya dipetik melalui BH Online.
Sebagai seorang adik yang banyak menyimpa rahsia abangnya, Azwan juga tidak menolak kemungkinan akan menggunakan strategi bersifat peribadi bagi tujuan menjejaskan reputasi darah dagingnya sendiri itu.
“Dia pemimpin yang penuh aib, paling munafik dan teruk dalam sejarah Selangor dan perlu dihapuskan kerjaya politiknya menjelang PRU-14. Kalau orang masih mahu pangkah Azmin Ali, teruskanlah tetapi tunggulah bala besar daripada Allah,” ujarnya.
Akhir sekali, anda ditakdirkan menang, Azwan Ali akan belanja rendang selain menjelaskan jika dia kalah pun tidak mengapa kerana apa yang penting, peratus undi Azmin terjejas.
“Kalau tewas pun tak apa. Saya tetap tidak berkudis dan tak akan menyesal kerana sekurang-kurangnya, peratus undi dia akan terjejas”
“Tapi jika menang, saya akan buat kenduri doa selamat terbesar dengan rakyat kawasan saya akan dapat merasa rendang saya secara percuma, dan tidak akan menjadi wakil rakyat yang hanya menjenguk kawasan ketika PRU,” katanya. Rasa-rasa nak makan rendang, bolehlah cuba mengundi Azwan Ali. (rtky/s)
- SUMBER
- bh online
Tk teruja pun…kau tu yg perosak bangsa.mulut mcm harem..ermmmmmm
Yalor…tak teruja pon…bapok ne tak sedar2 lagi nokk…propa ja lebih…haprak
Masak rendang sambil mencarut2. X hadap pun lah.
Xde le heran dulu pru13 Herman Tino pun masuk bertanding. Bidang politik berbeza dgn bidang hiburan, lg pun masa ko ni jd selebriti pengacara ko bkn top mana pun. Org kenal ko sbb mulut dan kontroversi jer. Jd aku x rasa ramai yg nk undi ko pun nnt!
Lol idiot
Xkn nk bg rendang stiap hr. Org nakkan pembangunan,duit,ekonomi bagus dan peluang kerja yg baik. Bukannya nak makan rendang ko stiap masa !
Bergaduh adik beradik tunjuk kat orang
bila nk berubah ni
Perlukah muncul untuk merosakkan peratusan undi? Please lah matang Azwan.
Sape yg undi pakcik ni mmg la xtau nk paggil ape.Hari2 mencarut je kerja budi bahasa pun xde.Xde tunjuk kn contoh yg baik dngn adik bradik pun gaduh smpan dalam kain je pakcik oii.Buat malu je gaduh2 mcm tu.Rendang pakcik bagi free pun sy xnk makan apatah lagi sy nk undi pakcik.Ok sekian
saya tak akan undi dia nie…..uuuweekkkk
maaf…walaupun mgkn saya xmengundi azmin,tp blum tentu sy akan mengundi kakak azwan..calon mcm ni la yg buat org pk bejuta kali nk pilih sape..pk sbb xmau azmin,tp nk pilih lawan, calon xsemenggah…..nk lawan,cari la calon yg kita nmpk kaliber nya..bkn populer semata..(populer ke?..populer la..populer mencarut org)
calon umno mne ade y berkaliber…sume nye hancur….golongan lgbt…bomoh satu malaysia y penah memalukan malaysia pn bertndg sbb nk pecah undi….jd lah rakyat malaysia y bijak…klu xnk undi azmin pn pikir mse depan…jgn smpai masa depan anak2 ko tergadai di tgn pencuri2….kah kah kah…mengundi bkn setakat suka dan x ske tp lebih kpd kepimpinan seseorang….even ko ske skalipun dgn calon tu tp dr segi kepimpinan ko tau dia mmg x blh di harapkan adkah ko akn pangkah jgk???pikir2kan lah…