fbpx

Kerana Komen Bidas Neelofa Dipadam, Azwan Ali Mengamuk

Boleh tahan lama juga’kan sudah tidak dengar cerita mengenai Azwan Ali. Baru baru nampaknya pelakon dan pengacara yang menggelarkan dirinya sebagai Diva ini telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Neelofa di Instagram.

BACA: Diugut Sunat, Azwan Ali Buat Laporan Polis

1-komen-bidas-neelofa-dipadam-azwan-ali-mengamuk-rotikaya

Bagaimanapun, komen yang ditinggalkan oleh Azwan Ali tersebut telah dipadam berulang kali. Jika dilihat daripada apa yang diamukkan di Instagram, Azwan mempertikaikan perwatakan Neelofa yang kini sudah bergelar Hajjah namun masih bersentuhan dengan Fattah Amin.

Perkara tersebut kemudiannya mendapat reaksi berbaur di Instagram Azwan Ali. Ada yang menyokong dan ada yang membantah. Ada juga yang menyatakan Neelofa terlalu gedik dan tidak layak berada di dalam industri seni. Namun dalam masa yang sama, jika komen anda tidak menyokong Azwan Ali di Instagram, komen anda akan dipadam.

Sehingga kini mana mana pihak masih belum memberi respon atau mungkin mereka tidak ambil kisah pun terhadap apa yang sedang dicanang di akaun laman sosial Azwan. (rtky/s)