fbpx

Semalam hangat diperkatakan apabila seorang wanita dikenali sebagai F mendakwa hatinya dipermainkan pelakon Azri Iskandar.

Memetik mStar Online, Azri menafikan tuduhan tersebut serta mengatakan dia tidak pernah bercinta dengan wanita lain selepas bercerai dengan Ellie Suriaty.

BACA: “Tolong Jangan Kacau, Runtuhkan Masjid Saya Nak Bina Dengan Azra” – Azri Iskandar

“Itu fitnah. Saya tak cintakan orang lain pun. Dulu dengan Ellie, dia tak nak saya, saya lepaskan. Then wanita pertama lepas bercerai adalah Azra la. Dia la saya punya kekasih dan saya ingin memperisterikan dia secara sah.

“Saya tak ada perempuan lain. Bila pula saya ada perempuan lain, lepas itu, kahwin pula dengan orang lain. Jahatnya Azri Iskandar,” katanya.

Jelas Azri lagi, dia membawa pulang ke kampung sekadar untuk menemaninya menziarahi kubur ibu kerana lesen dan cukai jalannya sudah tamat tempoh.

“Saya minta tolong dia hantar ke kubur mak saya atas sebab lesen memandu dan cukai jalan kereta dah mati. Bukan sebab nak kenalkan dia dengan keluarga.

“Tanya lah makcik-makcik saya sendiri, ada ke saya kenalkan F dengan mereka sebagai bakal isteri?” katanya.

Dalam pada itu, Azri berkata dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang ingin menjatuhkan maruahnya.

“Buktikan…kang saya saman nanti. Kalau you tulis Ara itu perampas lagi, sehinggakan apabila saya pergi Perlis esok ayah dia tak buka gate kerana malu dengan saya… saya akan saman satu-satu,” katanya.