Azri Iskandar, Dr Azra Nikah Cuti Sekolah Hujung Tahun Ini
Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Azri Iskandar yang mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan dengan penulis skrip bernama Dr Azra Diera.
Pada Ogos lalu, Azri mengesahkan dia dan kekasihnya sudah pun bertunang pada Jun lalu, namun hubungan cinta pelakon itu masih misteri apatah lagi tidak pernah mendedahkan wajah kekasihnya kepada umum.
BACA: Sedang Kumpul Duit, Azri Iskandar Kahwin Hujung Tahun Ini
Memetik Astro Gempak, Azri berkata cinta mereka tetap utuh dan bakal disatukan sebagai suami isteri pada hujung tahun ini dan sedang mengumpul duit kahwin.
“Hubungan saya dengan Ara okay saja. Cinta saya pada Ara pun masih sama… tak ada yang berubah walaupun dihina haters.
“Ara pun sama, tetap teguh dengan cinta dan perancangan kami bernikah dan hidup bersama. Saya dah dewasa, dah lama pun dalam industri.
“Jadi, tak goyang dengan kata-kata orang lagi. Insya-Allah mungkin cuti sekolah dalam hujung tahun ini, kami akan disatukan. Sekarang saya tengah kumpul duit kahwin… masih belum cukup. Cinta saya pada Ara,” katanya.
Dalam pada itu, Azri memberitahu kekasihnya itu masih fobia dengan kecaman yang diterima sehingga ibunya pengsan dan dikejarkan ke hospital.
“Sehingga kini, Ara masih fobia dengan insiden ibunya pengsan. Sampai sekarang masih ramai haters yang kecam saya… nak kahwin pun kena kecam,” katanya.
Terdahulu, Azri memohon maaf kerana masih tidak boleh berkongsikan gambar pertunangannya atas permintaan keluarga Azra.
- SUMBER
- Astro Gempak
Azri, ko buat mcm leenofa yg tidak mahu tunjuk muka anaknya bila ko kawen nanti. Bila dah 2 tahun kawen baru tunjuk muka isteri ko. Jd dorang takde chan nak kecam rupa isteri ko. Ko boleh buat lebih misteri lg cara ni. Hokay?
Nak ketawa terbahak bahak ke…nak kena menangis berguling guling nih??? Konpius sungguh dibuat ye.
Ape alasan agaknya nt kalau x jd buat ujung thn ni..harap wujud le dr azra ni hehe
Hujung tahun cakap takde jodoh. Rupanya memang tak wujud.
aahahaaha cakap eli suruati semakin menjadi kenyataan…
Bukan dewasa bang….dah dewasa angkasa lepas dah….
Azri, I think it would be wise for you to stop making announcement of your wedding dates from making further embarrassing to yourself and giving space to spiteful comments.
Handsome a azri baby ni cium sikit hehe
Nk kawin kena kumpul duit. Nanti lepas kawin kena fikir untuk nafkah bini tau. Byk tanggungjawab. Duit simpanan mesti kena ada untuk perbelanjaan harian..
Klu x de duit, sayang melayang..
Tahniah Azri…saya sokong awak dan Doc Ara tu.Semuga bahagia till jannah.Abaikan yg koro koro kt skeliling tu.Pi mampooiiihh.Lepas ni tolong jaga hati wanita dgn lebih mulus yer.Semuga Allah berkati segala nya …..Aamiin.
..azra tu dah buat background check up on azri ke..kewangan, kesihatan azri tu macamana segala and why elly bercerai dengan dia..susah nak percaya ada wanita yang terus nak kahwin dengan orang yang kurang mampu..
btw, azra tu wujud je?
Azri, be truthful to yourself as truth will set you free. Be open about it for the longer you pretend the longer it will hurt you. End this drama now, swallow your pride and you will find the burden on your shoulders lighther than you thought. The spiteful comments will stop once you set yourself free from this predicament. Wish you the very best.