fbpx

Azrel Ismail Serik Bercinta Dengan Artis?

Meletakkan sasaran untuk menamatkan zaman bujang satu atau dua tahun lagi, pelakon kacak Azrel Ismail mengakui sudah mempunyai beberapa calon untuk dijadikan isteri namun dalam tempoh pemerhatian.

Seolah serik dengan pengalaman terdahulu, Azrel berkata jika boleh dia tidak mahu bakal isterinya dari kalangan orang dalam industri. Ujarnya, bakal isterinya perlulah memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.

BACA: Azrel Ismail Doa Ruhainies Bahagia, Akur Tiada Jodoh

“Ada dua atau tiga calon dalam pemerhatian. Mungkin tahu dan tak tahu. Bagaimanapun, bukan semua golongan selebriti, ada juga gadis biasa. Jika boleh, saya tak mahu pasangan berkecimpung dalam dunia seni.

“Ini kerana pengalaman terdahulu bersama golongan selebriti tak berapa bagus. Mungkin gadis biasa lebih memahami kerana kriteria nak jadi isteri kenalah faham dengan tuntutan kerjaya saya,” katanya kepada BH Online.

Pernah dikaitkan dengan pelakon, Ruhainies dan Sharifah Husna, Azrel menolak dakwaan dirinya tidak bernasib baik dalam percintaan apabila beberapa kali hubungan putus ditengah jalan.

“Saya tak pernah rasa tiada nasib dalam percintaan. Mungkin sebab saya tak boleh fokus ke arah perhubungan sahaja. Setengah orang mahukan perhatian sepenuhnya, tetapi ia perkara sukar untuk dilakukan.

“Jadual terlalu padat, jadi komitmen yang ada membuatkan saya tak boleh memberikan sepenuhnya pada hubungan. Apabila pasangan tidak faham, ia membuat hubungan tidak menjadi.

Dalam pada itu, Azrel berkata buat masa ini dia mahu memberi fokus pada kerjaya dan mengukuhkan kewangannya sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

“Sebagai lelaki, banyak yang belum dicapai, perniagaan pun belum ada lagi. Masa depan penting untuk saya sebagai lelaki, apatah lagi saya mahu membina keluarga. Ekonomi perlu kukuh dan stabil,” katanya