fbpx

Azrel Ismail Doa Ruhainies Bahagia, Akur Tiada Jodoh

Pernah dikaitkan dengan Ruhainies suatu ketika dulu, Azrel Ismail akur tiada jodoh diantara mereka. Jelas Azrel, beliau terkilan namun tidak kecewa kerana mungkin dirinya tidak berharta seperti bakal suami Ruhainies.

BACA: Ruhainies Dilamar Di Itali, Cincin Ditempah Khas

“Mungkin saya tidak kaya seperti bakal suaminya dan saya tidak kecewa, cuma sedikit terkilan apabila hubungan kami berakhir. Saya juga ada menghantar ucapan tahniah di Instagram miliknya, baru-baru ini”

“Saya memang selesa ketika berkawan rapat dengannya sejak kami berlakon bersama, namun, saya melihat ada yang tidak kena dalam hubungan kami dan terpaksa akur kami tiada jodoh. Kami juga masih berhubung sebagai kawan di Instagram,” jelasnya.

Tambah Azrel, beliau mengetahui berita Ruhainies dilamar kekasih juga menerusi berita dilaporkan media. Tetapi sebagai rakan, Azrel mendoakan yang terbaik buat Ruhainies dan pasangannya yang bakal bernikah.

Terdahulu Ruhainies memuat naik sebuah video menunjukkan dirinya dilamar dengan sebentuk cincin oleh kekasih Mr E yang juga seorang ahli perniagaan di Itali baru-baru ini. Semoga Azrel kuat menempuhi dugaan ini. (rtky/w)