fbpx

Aznil Hj Nawawi, Nabil Ahmad Pengacara AIM 20

Pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Hj Nawawi tahun ini bakal kembali untuk menjadi pengacara majlis kemuncak Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20) yang akan berlangsung 14 Disember ini di Stadium Putra Bukit Jalil.

Jika tahun lepas beliau bergandingan dengan Adibah Noor, tahun ini nampaknya giliran Nabil Ahmad menjadi pasangan Pak Nil untuk mengendalikan majlis anugerah dengan tema Meraikan Kemuncak Segalanya itu.

Selain pengumuman pengacara AIM 20, sidang media semalam juga mengumumkan barisan artis yang akan membuat persembahan pada malam itu nanti dan mereka termasuklah Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz, Shila Amzah, Najwa Latif, Spider, Ning Baizura, DJ Fuzz, Waris dan Aizat.

Dua orang artis popular Indonesia iaitu Rossa & Afgan juga bakal muncul membuat persembahan istimewa pada malam AIM 20 nanti yang mempertaruhkan 17 kategori untuk menghargai penggiat muzik tanah air.

Anugerah Industri Muzil ke-20 (AIM 20) bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu, 14 Disember 2013 pada pukul 9.00 malam dan akan di’siarkan secara eksklusif di Astro RIA (saluran 104) dan di Maya HD (saluran 135).