Siapa yang boleh lupa dengan fenomena XX Ray sekitar hujung 1992 yang merupakan satu revolusi perfileman Malaysia.
Datang dari pengarah yang sebelum itu mencipta nama menerusi filem box office Fenomena & juga Fantasi, Aziz M Osman — antara pengarah muda paling kreatif ketika itu.
XX Ray II muncul hampir tiga tahun kemudian dan juga mendapat sambutan baik dari peminat dan hari ini khabarnya pengarah ini mahu kembalikan jenama XX Ray ke mata peminat filem tempatan.
Aziz M Osman menerusi akaun Twitter rasmi beliau beberapa hari lalu menulis yang beliau ‘sedang bermain main’ dengan idea untuk menerbitkan filem ketiga dengan jenama XX Ray — obviously XX Ray III.
Jika filem pertama berkisar tentang Amir yang bertukar menjadi invisible man & filem kedua berkisar pengembaraan Amir dan kawan kawan ke tamadun kesultanan Melaka — selepas 17 tahun Aziz M Osman bercadang akan membawa masa lampau ke dunia moden untuk XX Ray III.
Apa pun, semua ini masih di’peringkat idea dan perancangan Aziz M Osman tetapi jika ia’nya menjadi kenyataan, kami akan tunggu. Dan, poster XX Ray tahun 1992 ini lebih menarik dari poster filem Azura 2012. Maaf.