fbpx

Aziz M Osman Nekad Bersara

Sebenarnya selepas munculnya filem Azura 2012 di pawagam, ramai peminat mula mempersoalkan keupayaan pengarah dengan barisan filem ini untuk terus relevan dalam industri perfileman Malaysia.

Bercakap dalam satu temubual eksklusif bersama Sinar Harian, Aziz M Osman berkata pandangan orang ramai terhadap keupayaan beliau terlalu subjektif untuk di’perkatakan.

“Saya tidak kisah apa yang orang kata kerana bagi saya, generasi penonton telah berubah. Mungkin ini bukan era saya lagi. Selera penonton juga sudah berubah,” ujar Aziz M Osman.

“Sebenarnya, Demi Dia adalah drama terakhir arahan saya dan saya akan bersara dalam bidang pengarahan. Saya akan menumpukan perhatian pada bidang penerbitan sahaja selepas ini”

Menurut Aziz M Osman lagi, drama Demi Dia yang kini sedang bersiaran di TV3 bukan idea asal beliau sendiri dan ianya datang dari stesen televisyen tersebut. Namun beliau tetap berpuas hati dengan hasilnya.

“Namun kalau boleh, saya lagi puas jika mengarahkan karya saya sendiri. Apa salahnya jika memberi kebebasan kerana kami tidak perlu dipimpin sebegini,” tambahnya yang menolak dakwaan merajuk dengan industri.