fbpx

Ayu Raudhah Umum Hamil Anak Kelima

Sudah lama rasanya tak dengar cerita tentang pelakon Ayu Raudhah, selepas mendirikan rumah tangga dengan pemain bolasepak negara, Zaquan Adha, dia lebih fokus dengan keluarga dan perniagaan.

Sudah pun mempunyai empat orang cahaya mata, baru-baru ini adik kepada Rozita Che Wan itu mengumumkan perkhabaran gembira sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-36 apabila dia kini hamil anak kelima.

BACA: “Terima Kasih Ayu Raudhah, Jatuh Bangun Saya Hanya Dia Yang Tahu”

Ayu berkongsikan berita itu menerusi Instagram miliknya ketika sambutan hari lahir bersama dan ahli keluarga dan teman-teman rapat.

Diruangan komen rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah di atas rezeki zuriat kelima itu serta mendoakan agar proses kehamilan dipermudahkan.

Ayu Raudhah mendirikan rumah tangga dengan Zaquan Adha Abdul Radzak pada 21 Januari 2011. Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata Muhammad Aisy Qaiser, 7 Muhammad Aisy Aryann, 6 Laura Zuleykha, 3 dan Muhammad Aisy Khaliq, 1.