fbpx

Ayu Raudhah Sah Hamil Anak Keenam, Dah 5 Bulan

Baru-baru ini, pemain bola sepak Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha ada memuat naik perkongsian menitipkan ucapan hari lahir buat isteri tercinta Ayu Raudhah.

Menerusi perkongsian itu, Zaquan memuat naik video kompilasi gambarnya bersama isteri sempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta bersama kapsyen romantis dan di akhir video tersebut turut memaparkan foto alat ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif.

BACA: Pernah Dua Kali Keguguran, Ayu Raudhah Gembira Dikelilingi Anak Ramai

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zaquan Adha (@zaqone_08)

Memetik Astro Gempak, Ayu mengesahkan dirinya kini hamil anak keenam dan usia kandungan sudah mencecah lima bulan.

Menurut Ayu, dia mengakui segan untuk berkongsikan berita tersebut pada awalnya apatah lagi ini bukanlah zuriat pertama mereka serta meluahkan rasa syukur di atas rezeki tersebut.

“Saya sebenarnya segan nak kongsi, sebab anak pun dah masuk enam, kalau anak nombor satu takpa la juga, excited la juga. Alhamdulillah, saya anggap ini rezeki buat anak saya dan suami. Kandungan saya dah masuk lima bulan dah, cuma tak pernah bagi tahu dekat media sosial sampailah Zaquan share video.

“Kami berdua ok je sebab kami berdua memang daripada keluarga yang ramai, saya dan Zaquan masing-masing ada tujuh adik beradik. Kami happy anak ramai,” katanya.

Dalam pada itu, Ayu berkongsikan dia mengalami alahan teruk untuk kandungan kali ini termasuk suaminya yang berdepan simptom muntah dan demam.

“Sebelum ini anak lima orang tak pernah ada morning sickness, tapi yang keenam ini lain macam rasanya. Saya dan Zaquan kami muntah dan demam masa first trimester.

“Teruk gila waktu itu, mungkin sebab dah berusia. Kami dah tak larat sangat, duduk sebelah terbaring demam. Sebelum ni pregnant senang je, kali ini je macam ada lain sikit,” katanya.

Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Khaliq dan Muhammad Aisy Al Jibreel.