Muhammad Aisy Al Jibreel Nama Anak Kelima Ayu Raudhah
Genap seminggu melahirkan cahaya mata kelimanya, pelakon Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha berkongsikan wajah dan nama anak lelaki mereka itu.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ayu meluahkan rasa syukur dikurniakan rezeki zuriat yang sihat dan sempurna yang diberi nama Muhammad Aisy Al Jibreel.
BACA: Ayu Raudhah Selamat Bersalin Anak Kelima
Dalam entri tersebut, Ayu turut berkongsikan berat badan anak kelima semasa dilahirkan hanya 1.94kg.
Perkongsian Ayu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecomelan Muhammad Aisy Al Jibreel yang disifatkan mirip seperti bapanya.
Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, dan Muhammad Aisy Khaliq, 2.
i suke dgn ayu ni.. artis yg x kisah ade rezeki anak ramai.. mga dperluaskn rezeki…
alhamdulillah
Alhamdulillah..
Comelnya baby
untungnya, subur sungguh depa laki bini ni..aku jugak x menjadi2..xde rezeki….