fbpx

Pelakon Bella Astillah tidak dapat sebak apabila mendengar ucapan istimewa daripada anaknya, Ayden Adrean sempena hari ibu.

Menerusi video dikongsikan di Instagram Era, Ayden berkata dia berjanji tidak akan buat ibunya sedih dan akan menjaga keluarga apabila dewasa kelak.

BACA: Bella Astillah Enggan Layan Permohonan Maaf Ruhainies

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

“Ayden janji dekat mummy, Ayden tak akan buat mummy sedih. Nanti bila Ayden sudah besar, Ayden akan jaga mummy dan adik.

“Mummy janga kerja sampai penat tau nanti mummy sakit. Mummy adalah ibu terbaik dalam dunia, selamat hari ibu. Saya sayang mummy!” katanya.

Dalam pada itu, Ayden juga sempat menyanyikan lagu ‘Ibu Ratu Hatiku’ buat ibunya tercinta di akhir ucapanya itu. Sementara itu, Bella menyifatkan anak-anaknya adalah anugerah paling bermakna dalam hidupnya.

“Ini adalah hadiah hari ibu yang terbaik, Ayden dan Ara adalah hadiah terbaik buat saya,” katanya.