Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkongsikan berita gembira mengumumkan kini dirinya hamil anak ketiga.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Ayda menerusi Instagram miliknya dan usia kandungan anak ketiganya itu sudah mencecah empat bulan.
BACA: “Setiap Kali Post Gambar, Esoknya Anak Meragam” – Ayda Jebat
“Assalamualaikum. Keluarga kecil kami insya-Allah akan bertambah seorang lagi. Ayda sekarang dah empat bulan hamil. Alhamdulillah. Doakan semuanya dipermudahkan,” tulisnya.
Diruangan komen, rakan artis dan pengikutnya tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah serta mendoakan proses kehamilan dipermudahkan.
Ayda mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Ana Nayla, 3, dan Aali Mateen, 1.