fbpx

Ayda Jebat Tidak Kisah Kongsi Kisah Cinta

Jika sebelum ini Ayda Jebat sering ‘dijodohkan’ peminat bersama Zul Ariffin, kini giliran Aiman Hakim Ridza pula untuk sama-sama bergandingan bersama Ayda dan tidak mustahil perkara yang sama akan berulang kembali.

BACA: Ayda Jebat Ditawar Lakukan Seks Di Amsterdam

“Ye ke Aiman dah solo? Saya rasa tak mungkinlah akan timbul gosip sebab kami bekerja secara profesional. Selepas waktu kerja tak ada pun keluar bersama. Kami banyak masa di set dan dia sangat profesional”

“Dia serius dalam kerjanya dan tak banyak bercakap. Tak kisahlah dia solo ke, ada girlfriend ke atau dah berkahwin, apabila kami digandingkan dalam kerja haruslah buat sebaik mungkin,” jelasnya kepada portal Mangga Online.

Sementara itu, bagi Ayda yang masih lagi belum berjumpa kekasih hati, dia mengakui tidak akan sama sekali melarikan diri atau pun menyorok mengenai kisah cintanya.

“Bagi saya tak bolehlah kalau nak simpan rasa cinta itu. Kalau ada rasa itu pada seseorang, saya akan beritahu dan kongsikan bersama semua orang terutama peminat. Tak perlulah nak sorok kisah cinta. Jadilah diri sendiri”

“Kalau gembira dalam percintaan maka tak salah nak dikongsikan tetapi kalau kecewa simpanlah sendiri. Hubungan menjadi atau sebaliknya, semuanya atas kuasa takdir. Kalau tidak menjadi, tak perlulah sampai nak padam gambar di laman sosial”

“Saya akan sentiasa menjadi diri sendiri. Saya tak sangguplah nak sorok kisah cinta,” kata Ayda bersungguh-sungguh, Apa yang pasti, peminat Ayda juga tidak sabar-sabar menantikan berita gembira tersebut. (rtky/s)