fbpx

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang kini hamil tujuh bulan berkongsikan rasa tidak selesa apabila perutnya disentuh oleh individu tidak dikenali ketika bergambar.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ayda memuat naik mengenai situasi dilaluinya itu yang membuatkan dirinya tidak selesa apatah lagi ia sangat sensitif bagi ibu hamil.

BACA: Ayda Jebat Masih Pilih Czer Lahirkan Anak Kedua 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

“Mommies selesa tak kalau tengah pregnant, orang tiba-tiba kat luar pegang-pegang perut mommies?  

“Saya minta maaf.. saya okay je kalau nak selfie pegang bahu ke tangan saya tu dah biasa, tapi tengah pregnant ni sensative dia lain sikit bila kakak-kakak or makcik-makcik jumpa terus pegang raba-raba perut kita,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ayda berkata dia rasa serba salah untuk menegur tindakan individu-individu berkenaan serta memahami mungkin mereka teruja. 

“Nak tegur, tapi tak terkeluar pulak kata. Faham kadang-kadang acik excited.. tapi.. Harap faham situasi kita dan terima kasih atas doa yang baik untuk saya dan baby, sudah memadai. 

“Ada yang sambil pegang sambil ‘acik kalau kuis camni je dulu baby dah tendang, jap tunggu anak Ayda tendang tak..’ (sis muka dah petak),” tulisnya.