fbpx

Ayda Jebat Sedih Tak Dapat Tidur Dengan Anak

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat meluahkan rasa sedih apabila perlu berkorban waktu tidur dengan dua anaknya kerana sibuk menjalani latihan untuk rancangan The Hardest Singing Show (THSS).

Memetik Astro Gempak, Ayda berkata dia sudah beberapa hari tidak tidur bersama anak-anaknya berikutan perlu menjalani latihan sehingga lewat pagi demi memastikan persembahan berjalan lancar.

BACA: Ayda Jebat Kekok Tukar Lampin Anak Kedua

“Kalau nak ikutkan saya dah beberapa hari tak tidur dengan anak saya. Sebab saya punya latihan balik lambat sampai pukul 5/6 pagi. Jadi bila nak buat satu persembahan yang flawless itu memang perlukan latihan yang banyak,” katanya.

Sementara itu, Ayda meluahkan rasa syukur kerana mempunyai keluarga yang memahami dan membantu ketika dia terlibat dalam program berkenaan.

“Saya rasa sangat teruk, tapi Alhamdulillah saya ada keluarga yang boleh tengokkan mereka.  Sebab bila saya bangun tidur pun ada lagi perkara lain yang saya perlu buat, sebenarnya ini yang paling hardest untuk saya lakukan,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak