Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkata dia mengakui kekok apabila pertama kali menukar lampin anak keduanya, Aali Mateen.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Ayda berkata sebelum ini kerja menukar lampin anak dilakukan oleh suaminya, Nabil Mahir
BACA: Lama Fikir Nama Anak Kedua, Ayda Jebat Pilih Aali Mateen
“Hari ini buat pertama kali saya tukar diaper Mateen. Jangan terkejut sebab memang selalu Dadaa (Nabil) yang buat. Gelabah tadi masa tukar, takut dia ke mana-mana kang peepee (kencing). Peepee sampai ke muka pun pernah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ayda turut berseloroh dia menukar lampin dengan pantas dan anaknya tidak menangis ketika proses tersebut.
“Buat laju-laju tadi macam Naruto dan ‘smooth like butter’. Tak menangis, siap, minum susu dan kemudian terus tidur. Dadaa kepenatan, kesian Dadaa. Okay sayang awak berdua,” tulisnya.
Terdahulu, Ayda selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 12 Disember lalu. Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021. Pasangan itu dikurniakan anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021.