fbpx

Ayda Jebat: Saya Perlu Jatuh Cinta Dengan Zul Ariffin Sekali Lagi

Bergandingan kembali bersama Zul Ariffin dalam drama M.A.I.D, Ayda Jebat mengakui bahawa dia berasa seronok berlakon dengan jejaka tersebut namun menegaskan ia hanyalah sekadar rakan sekerja.

BACA: Ayda Jebat: Bodek Produser Bukan Cara Saya

“Perasaan dia lain sebab dalam Rindu Awak 200%, saya dan Zul suka sama suka. Tetapi dalam M.A.I.D saya kena jadi wanita yang terkejar-kejarkan dia. Saya perlu jatuh cinta dengan Zul sekali lagi. Nampak senang tapi sebenarnya agak sukar”

“Saya tidak pernah mengambil komen peminat yang mengutuk itu sebagai perkara negatif. Semuanya saua jadikan sebagai motivasi dan semangat. Cuma kadang-kala kecewa apabila timbul tuduhan yang bukan-bukan sehingga melibatkan harga diri”

“Saya pun tidak faham bagaimana orang boleh keluarkan cerita tanpa bukti atau bertanya dahulu. Apapun sebagai anak seni, semua itu saya telan sahaja,” katanya kepada portal Astro Gempak.

Sementara itu, Zul melalui BH Plus berkata, sikap Ayda yang gemar bergurau dan ketawa menyenangkan dirinya yang pendiam dan seringkali terhibur apabila melihat gelagat Ayda yang mudah terhibur.

“Depan kamera kami tidak mempunyai masalah untuk bersama dan di belakang kamera pun kami belasah saja. Semuanya senang sebab ia terjadi secara semulajadi dan bersahaja. Kami boleh bercakap mengenai apa-apa saja sebab keselesaan itu sudah ada. Malah pengarah pun tak pening melayan kami,” jelas Zul. (rtky/s)

SUMBER: Astro Gempak / BH Plus