fbpx

Ayda Jebat Sah Bergelar Isteri Nabil Mahir Dengan Sekali Lafaz

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi Ayda Jebat sah bergelar isteri kepada pengacara, Nabil Mahir dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan secara sederhana di Masjid Al-Taqwa, TTDI, Kuala Lumpur kira-kira jam 3.28 petang.

Pasangan itu dinikahkan Ustaz Rozimi Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (JAWI) dengan disaksikan bapa pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan  Wan Jean Basri Wan Othman.

BACA: Ayda Jebat Tak Sabar Nak Kahwin, Nekad Jadi Isteri Nabil Mahir

Pada majlis  berkenaan, rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas.  Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Terdahulu, Ayda dan Nabil mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu menerusi aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).