fbpx

Ayda Jebat Nafi Tidur Rumah Nabil, Hanya Datang Solat Berjemaah

Nampaknya, Ayda Jebat sekali lagi dihimpit kontroversi apabila netizen sekali lagi membuat spekulasi mengatakan pelakon dan penyanyi itu tinggal sebumbung dengan tunangnya, Nabil Mahir.

Menafikan perkara itu, Ayda menjelaskan dia berada di rumah Nabil untuk berbincang mengenai hal perkahwinan mereka sahaja. Ujarnya, ketika itu ramai ahli keluarga Nabil turut bersama mereka.

BACA: Ayda Jebat Mohon Kerajaan Buat ‘Lockdown’

“Meeting untuk wedding dan kerja dekat rumah dia. Ada mak, ayah, nenek, kakak, abang, orang gaji dan ramai lagi. Nak keluar pun nak ke mana? Dah jawab,”

Dalam pada itu, Ayda turut menafikan dakwaan kononnya dia tidak pernah bermalam di kediaman bakal mentuanya. Ujarnya, tujuan dia ke sana juga adalah untuk mendalami ilmu agama.

“Saya tak pernah tidur rumah bakal mentua. Tapi boleh meeting dan buat kerja di rumah.

“Saya suka datang sebab boleh belajar solat jemaah dan lain-lain. Belajar apa yang tak pandai. Saya tinggal seorang dekat Kuala Lumpur. Jadi keluarga dia, keluarga saya juga,” tambahnya.

Ayda dan Nabil telah mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April lalu dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.