Ayda Jebat Mohon Kerajaan Buat ‘Lockdown’
Umum mengetahui sebentar tadi Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan kes positif COVID-19 di Malaysia mencatatkan peningkatan mendadak iaitu sebanyak 691 kes sekaligus menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat.
Meluahkan kerisauan susulan bilangan kes yang tinggi, Ayda Jebat memuat naik status di Instagram miliknya memohon agar kerajaan melaksanakan perintah berkurung ataupun memperketatkan lagi kawalan pergerakan.
BACA: Ayda Jebat Tak Hadapi Dugaan Bertunang Macam Orang Lain
“Dengan dukacitanya, saya mohon tolonglah lockdown atau ketatkan kawalan pergerakan.
“Kalau tak lockdown atau ketatkan SOP, kes meningkat, keluarga dan kawan kawan akan keluar selain bekerja, ke sekolah, pergi makan, jalan-jalan dan sebagainya. Saya risau. Saya sayang family saya dan semua,” tulisnya
Bagaimanapun di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan cadangannya itu memandangkan ramai yang sudah terjejas teruk susulan pelaksanaan PKP yang lalu.
Kata netizen lagi, ianya mungkin tidak memberi masalah kepada pelakon itu namun bagaimana pula dengan rakyat basa yang akan terputus pendapatan jika PKP dilaksanakan semula.
Sehingga kini masih tiada kata putus daripada kerajaan sama ada akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula atau pun tidak. Apa pun diharap kita terus mematuhi SOP dan diri masing-masing dalam usaha mengekang penularan wabak berkenaan.
Haha Haha
KO RASA DENGAN ADA LOCKDOWN NI MEKA2 NI RETI BAHASA KE NAK DUDUK UMAH?????
PAKAI MASK, HAND SANITISER, JAGA JARAK, KEBERSIHAN LIAT SUSAH NAK MASUK AJAR NI KAN NAK LOCKDOWN LAGI….
KESIEEEENNNN PADA FRONTLINER YG BERTUNGKUS LUMUS
HOSPITAL KERAJAAAN AKU TENGOK SENDIRI KOTOR NAK MAMPOS…
PAT SELATAN NYER HOSPITAL S.A… DRAWER, PLUG BERLENDIR! BAIK PEMBERSIH TAK JALAN KAN TANGGUNG JAWAB DGN BAIK DAN PENGUNAAAAA YG SIFAT PENGOTOR TAHAP DEWA TAK TAHU JAGA KEBERSIHAN!
Tak mau another lockdown. Muflis aku nanti. huhuhu…
Ala minah ni kalau lock down bukan dia kisah apa. Menempel lah dia kat rumah tunangan buat video entah apa apa.
Selfie acah acah cute. Kahwin nya tak. Sedeeeh !!! (Pinjam Diva AA punya ayat)
…tepat sungguh komen ni. Haha
Tak mau LOCKDOWN pishang weh !
maaf tak setuju LOCKDOWN…kami pegang kata ABAH…nakal ABAH ROTAN
Kalau lockdown tp income masuk jer, i pun nak mnta gov bt pkp lgi. Dh la baru keje ni, kang kena buang kalau pkp lg. Gaji suami jer mn ckp aj oii
KITA LIHAT DRI SEMUA SUDUT, LOCKDOWN MUDAH SHJ DIPERKATAKAN. TPI BYK DUKACITA DISEBALIK LOCKDOWN.
Jika lockdown, semua org perlu duduk rmh, kerja yg sedang dilaksanakan terutama projek2 tergendala, ssh nk dpt payment, bkn ssh nk dpt , malahan mmg x dpt dri Owner..kami swasta menghrpkan gaji bulanan. Begitu juga askar2, polis2, rela, dn yg terbabit..semua dibyr elaun nk mengawal rakyat..bukan mudah.
Yg peniaga2 payung tepi jln, warung2, kedai2..semua bungkus tiada wang masuk.
Sng citer lah, kita keluar pergi kerja terus balik, kalau perlu msk, msklah di rmh. Hantar dn ambil anak terus balik rmh. Mmg ada manusia yg suka2 kluar ke pasaraya2, padahal brg2 keperluan sudah byk di dapur. Kalau suami keluar beli brg, bini duduklah rmh, yg angkut semua apahal.
Sediakan item2 dlm beg / kereta utk mencegah covid. Kalau org rapat2 berbaris, kita tegur dgn cara baik, atau anda sendiri yg menjarakkan diri.., sbb mmg ada mnusia yg x suka ditegur.
byk pulak aku mmbebel ni..takut tau..dgn kes naik..
Jangan la lockdown aku dah tak sanggup tengok pasangan yg dah bertunang selfie buat muka badut masa lockdown
BILA KES SATU ANGKA, TAK NAMPAK PUN RAKYAT UCAP SYUKUR. BILA KES NAIK, KORANG MELATAH MACAM OINK OINK. KORANG BUTA KA, SIAPA YANG GILA KUASA? SEBELUM KES NAIK, ANWAR TERGILAKAN NAK JADI PM. HABISTU KORANG SIBUK SALAHKAN PM SEKARANG PEBENDE SIAL
PATUT LOWNDOWN TERUS KAWASAN YG KES TINGGI..UTK MENGELAK DIA MEREBAK SELURUH NEGERI..WALAUPN SUDAH TERLAMBAT..RSENYE ITU YG PATUT BUAT DAHULU SEHINGGA KAWASAN TINGGI TERSEBUT MAKIN BERKURANGAN KES… KLAU NK LOCKDOWN SEMUA NEGERI X BOLEH SBB ADE RAKYAT YANG XDE SIMPANAN DUIT HARAP KN MKN GAJI SHJ..
Kemain lgi ayat rosnah mat aris junior nie!!! Nko boleh la duta sana sini.. Masyukkk! cube klau nk fly text tu nko jumpe org bijak pndai dulu…