fbpx

Ayda Jebat, Nabil Mahir Tak Kisah Jantina Anak

Bakal menimang cahaya mata sulung dijangka dua bulan lagi, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkata dia dan suami, Nabil Mahir tidak kisah dengan jantina anak yang akan dilahirkan.

Menurut Ayda, dia dan Nabil hanya mahukan yang terbaik dan cahaya mata pertama mereka itu berada dalam keadaan sihat dan ceria.

BACA: Tak Beli Baju Hamil, Ayda Jebat ‘Sebat’ Baju & Boxer Suami

“Bayi lelaki atau perempuan itu tak penting. Kita hanya mahu yang terbaik, sihat dan ceria. Amin,” tulisnya.

Menerusi entri itu, Ayda turut memuat naik gambarnya memegang kek yang dihiasi dengan kek cawan berwarna biru dan merah jambu seperti memberi bayangan jantina anaknya.

Diruangan komen, rata-rata netizen meneka jantina bayi yang dikandungkan penyanyi itu adalah bayi perempuan selain melihat wajah Ayda yang berseri-seri.

Dalam pada itu, Ayda turut mengajak pengikutnya mendoakan kesembuhan penyanyi Siti Sarah yang kini masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan mengeluarkan bayinya pada Jumaat lalu.