fbpx

Tertarik Dengan Sikap Nabil, Wanita Ajak Ayda Jebat Bermadu

Sudah dua bulan bergelar suami isteri, pasangan selebriti popular iaitu pelakon Ayda Jebat dan Nabil Mahir dilihat tidak lokek berkongsikan momen bahagia mereka di media sosial untuk tatapan umum.

Namun, baru-baru ini Ayda Jebat mendedahkan ada menerima mesej daripada seorang wanita yang meluahkan hasrat untuk menjadi madunya.

BACA: Kongsi Video Mesra, Ayda Jebat Dedah Suami Suka Cium Ketiak

Menurut wanita itu, dia tertarik dengan sikap suami pelakon itu, Nabil Mahir yang memenuhi ciri-ciri lelaki idamannya.

“Nak jadi madu Ayda boleh tak? Sebab nak cari lelaki macam ni la tapi, tak jumpa-jumpa lagi,” tulisnya.

Tetap tenang menerima mesej tersebut, Ayda mendaoakan agar wanita itu dipertemukan jodoh yang lebih baik serta turut meminta agar melakukan solat Istikharah untuk mencari jodoh.

“Salam, hahaha! Awak ni comel la. Jadi madu tak bolehlah. Saya cubit awak karang. Nakal eh. Saya doakan awak dapat jodoh yang lebih baik, sempurna dan terbaik untuk awak. InsyaAllah. Istikharah! Good luck sis.” balasnya.