fbpx

“Ayah Tak Pernah Ada Untuk Saya” – Cik B

Baru-baru ini, anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B ada memuat naik video trend di TikTok menggabungkan gambar-gambar bersama ibunya semasa kecil.

Menerusi video tersebut, Cik B dilihat meluahkan perasaan bahawa bapanya tidak pernah ada bersamanya melainkan ibunya.

BACA: Kedai Boba Cik B Disihir, DSV Renjis Air Daun Bidara Halau Jin

@cikb_havoc

Behind every cool kid like me there is an incredible mom like you:) #fyp? #fyp #mom @QU PUTEH BARULAH PUTEH

? original sound – EX7STENCE™

“Ayah saya tidak pernah ada untuk saya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Cik B juga mengatakan bahawa disebalik seorang anak yang ‘cool’ sudah pasti mempunyai ibu yang hebat dan luar biasa.

Perkongsian Cik B itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memahami luahan hati remaja itu serta ada yang berkongsikan berdepan pengalaman sama.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan Vida mendapat hak penjagaan terhadap kedua-dua anaknya, Cik B dan Kacak.

Mahkamah turut memberi hak kepada kedua anaknya membuat keputusan untuk bertemu bapa mereka sekiranya sudah bersedia.