fbpx

Ayah Syafiq Kyle Rebah, Alami Pendarahan Otak

Bapa kepada Syafiq Kyle telah dikejarkan ke hospital kerana rebah ketika menghadiri majlis bersama peminat anaknya itu. Malah melalui kenyataan Syafiq yang dipetik melalui BH Online, bapanya itu dikesan mempunyai masalah pendarahan pada bahagian otak.

BACA: Syafiq Kyle Nafi Bermasalah Dengan Hannah Delisha

“Menurut doktor, ada berlaku pendarahan pada bahagian otak dan perlu rawatan segera. Bagaimanapun, doktor beritahu kaedah rawatan yang diberi tidak membabitkan pembedahan”

“Ada potensi untuk bahagian pendarahan itu mengecut tanpa perlu dibedah. Buat masa ini, ayah dirawat di pusat perubatan ini kerana doktor mahu memantau keadaannya dari masa ke semasa,” katanya.

Selain itu, pelakon ini berharap agar peminat dapat mendoakan agar bapanya cepat sembuh selain turut mengharapkan ada perkembangan positif berhubung kesihatan bapanya ketika ini.

“Dengan keadaan kesihatannya yang tidak menentu dan ada sejarah penyakit darah tinggi, saya memang sudah bersedia dan reda dengan apa yang berlaku. Harapan saya akan ada perkembangan yang positif dan saya mohon doa daripada peminat supaya ayah akan segera sembuh,” katanya. (rtky/s)