Bukan perkara baru dalam dunia artis jika seseorang itu popular, ada orang di belakang tabir yang akan mula berlagak seperti dunia ini mereka yang punya. Terbaru, pelakon cilik Puteri Balqis terkena tempias dek sifat tidak professional ayahnya sendiri.

Pengarah popular, Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo berkongsikan satu perbualan diantara kakitangan JS Pictures Sdn Bhd dan ayah Puteri Balqis memaklumkan perkara pembatalan mengambil pelakon kanak kanak itu untuk produksi mereka.


Ayah Puteri Balqis Sudah Mula Berlagak Diva? - ROTIKAYA

Ayat yang dihantar kakitangan produksi itu cukup professional pada hemat kami namun balasan yang diterima dari ayah Puteri Balqis memang tiada sifat professional, tidak sesuai dengan imej anaknya yang kini mendapat pengiktiran peringkat Asia.

BACA: Walt Disney Risik Puteri Balqis Selepas Dinobat Pelakon Wanita Terbaik Asia

Jinggo turut menambah yang Puteri Balqis belum pun bertemu dengan produksi untuk sebarang perbincangan lanjut dan ayahnya telah meminta deposit 50% dari bayaran penuh walaupun belum melihat skrip lakonan — mengalahkan bintang besar lain.


Harap lain kali ayah Puteri Balqis atau sesiapa sahaja yang bekerja di belakang tabir boleh lebih professional menguruskan perkara sebegini, barulah kerjaya mereka yang di hadapan kamera ini akan lebih bersinar dan dihormati, ‘kan? (rtky/m)