Awie Tidak Sertai Muzik Muzik, Bimbang Penghakiman Tidak Telus
Berita keengganan Awie untuk menyanyikan lagu beliau yang telah tercalon di separuh akhir Muzik Muzik ke 29 mendapat perhatian ramai dan ada yang mengatakan beliau enggan terlibat kerana takut tewas dengan saingan penyanyi muda dan baru.
“Sudah lama saya berada dalam industri ini dan saya sudah melalui rasa menang dan kalah dan perkara itu tidak perlu dilalui lagi. Bukan masanya untuk saya nak bersaing dengan mereka dan bukan juga kerana mahu menjaga reputasi,” jelas Awie.
Sebaliknya Awie memberitahu yang beliau bimbang akan sistem penjurian yang tidak telus sebagai punca kenapa beliau enggan terlibat dengan sebarang pertandingan nyanyian termasuklah separuh akhir Muzik Muzik yang sedang berlangsung.
“Saya tidak suka dengan keadaan bila pemenang diumumkan, peserta dan penonton akan berikan wajah terkejut, wajah yang memberi erti ‘betul ke dia menang? Keadaan itu juga membuatkan si pemenang tidak selesa bukan? Sebab itu saya tak mahu sertai mana-mana pertandingan nyanyian termasuklah MM29. Saya takut pertandingan itu dipolitikkan,” tambahnya.
Lagu Cinta Makrifat dendangan Awie & Erra Fazira juga ciptaan sepenuhnya Erma Fatima telah pun dicalonkan dalam MM29 dan akan bersaing pada 28 November ini. (rtky/m)
BUDGET2 BAGUS PULAK SI AWIE NI, KO INGAT KO SITI NURHALIZA????
Yerla Awie ko pun dh x laku kan???
lagi pun kes rumahtangganya masih diteruskan dan belum selesai lagi.
Ke takut suara pancit?? Yelah rambut pun dah mula memutih kann..
koranp nie tak suke awie ke?? lantak dia la nk join ke tk…sekurangnya lagu dia laku.. korang ada??
Awie legend…x yah masuk dah. Dah memang terbukti bagus. Org lain yg bising2 tu pernah masuk AJL ke? phuii la.
Alamak korang lebih2 plak nak ngta awie pehal dy tau la dy watpe….mulot cm hampeh sumenye!!!!!!!!!!
sy bkn la peminat Awie, tp Awie ni antara penyanyi legend d Malaysia..x pyh ikut pertandingan, dah terbukti terbaik..
Setakat siti nurhaliza..haha..dia stakat pandai nyanyi je. Awie mcm2 bakat ada. Ni baru betul2 legend. X kemaruk nak menang anugerah. Salute awie & wings.
Ini semua POYO
Saya suka baca gossip di sini mahupun di beautifulnara & ohbulan. Bagilah apa2 berita baik atau buruk pun, boleh dikatakan 50-70% rata2 comment negatif. Pembaca2 yang mengikut blog-blog gossip ni penyokong industri atau sebaliknya. Bear in mind, I’m not just talking about this entry alone. Kadang2 entry professional tapi banyak sangat personal attacks.
aku membesar dgn lagu2 awie..tak puas dgr walaupon ulang byk kali. lagu skrg boleh challenge ke? lagu sampah skrg.. dengar skali pon belom tentu habis. lirik tak bermakna sgt. lagu dlu liriknya klu renungkn baru dpt maksudnya. lagu skrg? ape dpt??? terok2
apsal korang sibuk2 dok backup awie ni? org2 mcm ni, seharusnya lenyap kat muka bumi ni pon xpe.. dah xde gaya Islam dah aku tgk org tua ni.. bukak club jual arak, jual maksiat pastu duit dpt bg anak bini mkn minum.. telinga bertindik, rambut bercolour.. umur semakin hari semakin tua.. elok2 kahwin ngan Arni tu, dah ade anak semua.. lari plak kahwin ngan pompuan tu kat siam.. ha tgk skang ape jd? aku xtau la nape korang nak menangkan org mcm Awie ni.. org2 yg dah sah2 baik dan dah berhijrah, korang kutuk2.. yg ni dah buat pangai jahil terang2, diam je ek?
sapa saaaaaaaaaaaaaakila…. mana saaaaaaaaaaaaaakila
aku pun tak taaaawuuuuuu
Awie the legend dia x perlu masuk mm29 ni..x ingat lagu Intaku kesepian/Misteri mimpi Syakila/Rashida Utama/Sejati/Nur Nilam Sari/ dan banyak lagi lagu hebat berbanding lagu dlm mm29 ni.. hal peribadinya jgn dicampur aduk dengan bakal briliantnya…awie terbaik forever
Sy stuju…