fbpx

Awie Susah Bernafas, Kini Di Hospital

Tidak mengetahui apa yang menimpa dirinya selama seminggu, penyanyi rock dan pelakon terkenal, Awie kini berada di hospital kerana sukar untuk bernafas. Sehubungan dengan itu, dia turut memohon maaf kerana tidak dapat hadir untuk membuat persembahan di Pulau Pinang.

BACA: Pergi Umrah Diam Diam, Awie Risau Digelar Riak

“Saya pun tak tau saya sakit apa. Tapi susah nak bernafas la. Sebelum ni dah tiga hari saya duduk kat rumah, ni dah empat hari di hospital, kiranya seminggu la sakit ni,” kongsinya kepada Astro Awani baru-baru ini.

Menurut penyanyi itu lagi, dia kini memerlukan rehat secukupnya. Harapnya Awie akan cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Sebelum ini, Awie pernah berkongsikan pengalaman pertamanya mengerjakan umrah. Malah dia dalam masa yang sama sebolehnya tidak mahu perkara tersebut diketahui ramai kerana bimbang akan dilabel sebagai riak. (rtky/s)