fbpx

Awie Nasihat Aliff Syukri Berhenti Menyanyi

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri apabila muzik video lagu rayanya Kelepuk Raya dikecam teruk oleh netizen.

Malah, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah memanggil usahawan itu untuk memberi keterangan selepas menerima banyak aduan.

BACA: “Aliff Syukri Bukan Nak Publisiti Sangat, Dia Nak Memondan Je” – Damian Mikhail

Dalam temubual bersama mStar Online, penyanyi terkenal, Datuk Awie berpendapat usahawan kosmetik itu perlu berhenti menyanyi kerana tindakannya itu boleh merosakkan industri muzik tanah ari.

Menurut Awie lagi, lebih baik jika Aliff menggunakan wang yang dilaburkannya itu kepada industri dan penyanyi berbakat yang ada.

“Kalau boleh tak payah buat langsung sebab dia bukan penyanyi pun. Kalau nak buat bagi orang profesional yang buat… kamu keluar duit sudah sebab banyak duit.

“Kalau saya diberi peluang untuk bercakap berdepan dengan dia, saya akan cakap… please stop! Duit itu kamu laburkan supaya industri tak tenggelam dek benda yang tidak bermoral,” katanya.

Terdahulu, Aliff memohon maaf kepada mereka yang tersinggung dengan muzik videonya itu. Aliff turut meminta supaya tidak melibatkan ahli keluarganya dalam kontroversi tersebut terutama ibunya yang sedang menunaikan ibadah umrah.