“Aliff Syukri Bukan Nak Publisiti Sangat, Dia Nak Memondan Je” – Damian Mikhail
Tampil dengan lagu raya berjudul Kelepok Raya, bagaimanapun lagu nyanyian usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri itu dikecam teruk oleh netizen.
Susulan ramai yang kurang senang dengan muzik videonya itu, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah memanggil usahawan itu untuk memberi keterangan.
BACA: “Saya Mohon Maaf, Jangan Babitkan Keluarga Saya”
Isu muzik videonya itu turut mendapat perhatian penyanyi dan komposer terkenal, Damian Mikhail yang menyelar tindakan usahawan itu.
Menurutnya, dia melihat motif Aliff bukan untuk mahukan publisiti ataupun duit tetapi dia memang mahu ‘memondan’.
Dalam satu perkongsian lain, Damian turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan Aliff yang mempromosikan perkara itu di bulan Ramadan.
Perkongsian Damian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapatnya itu. Malah, ada yang mengatakan mereka sudah faham dengan tindakan usahawan itu yang akan memohon maaf selepas terpalit dengan isu panas.
Terdahulu, Aliff turut meminta supaya tidak melibatkan ahli keluarganya dalam kontroversi tersebut terutama ibunya yang sedang menunaikan ibadah umrah.
Apa dia kesahh pun…yg penting ada wife keluarga dan bonda dia sokong dari belakang yg padu…nmpk all together giteww
Trik blik pngkat dato.x lyak boto
Inilah sebenarnye agenda kaum LGBT untuk mendapat iktiraf hak saksama mereka melalui hiburan. Sikit demi sedikit mereka akan menerap nilai nilai songsang mereka kepada generasi muda. Dalam masa lima tahun lagi, tak mustahil ada same sex marriages. Orang seperti ini harus di cancel bukan disanjung malah patut di cemuh kerana promote budaya LGBT utnuk meyambut Ramadan dan Syawal
si damian mikail ni pun nak berceramah berkata la yg elok2.kata alim..macmna org nk respect cara bercakap mcmni…jangan pandang org buruk semua bende dia jahat.jgn igt kita betul semua bende kita bagus kot.jd la mcm ebit liew tu berkata2 nasihat la dgn cara elok.sial bagai.hek eleh.kau pun 2×5