fbpx

Awie Mengaku Terlibat Pergaduhan, Nafikan Buat Laporan Polis Di Langkawi

Mahu juga cakap Awie terlibat dalam satu pergaduhan. Bloody Rotikaya, may you and your evil soul rot in Hell. Kami tahu anda tidak doakan kami sebegitu.

ADS: Menangi barangan eksklusif filem Jack & Jill. Hanya komen dan menang. Buka 29 Disember 2011.

Dalam temubual bersama media hari ini selepas sidang media Konsert Awie & Ella di Istana Budaya, Awie mengakui yang ada terjadinya pergaduhan tetapi tidak seteruk yang di’dakwa.

“Semuanya berlaku kerana salah faham dan saya sendiri tidak tahu bagaimana kisah saya bergaduh teruk boleh keluar sedangkan ia’nya hanya petelingkahan kecil antara saya dan beberapa orang yang saya anggap sebagai tidak sopan,” jelas Awie.

Awie turut menafikan dakwaan yang beliau membuat laporan polis tentang kejadian tersebut tetapi mengaku membawa isu gaduh ini ke balai polis untuk di’selesaikan secara baik antara mereka.

“Laporan yang mengatakan saya yang memulakan segalanya adalah tidak benar dan juga khabar angin mengatakan saya di’pukul teruk juga tidak benar sama sekali — tengok, ada kesan lebam di’mana mana?”

Awie juga meminta supaya isu ini tidak di’bincangkan lagi selepas ini kerana ia’nya hanya perkara kecil dan juga berkata beliau sudah pun membeli tanah sebagai pelaburan di Pulau Langkawi.