fbpx

Mengaku Salah Cederakan Rozana, Awie Didenda RM2,000

Setelah mengaku salah mencederakan bekas isterinya, Rozana Misbun dua tahun lepas, Awie telah dikenakan denda RM2000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Majistret Husna Dzulkifly membuat keputusan itu atau memerintahkan penyanyi itu menjalani hukuman penjara selama dua bulan jika gagal membayar denda.

BACA: Awie Jadi Mangsa Fitnah Mati Kemalangan

Pada 15 Februari lepas, Awie yang juga bapa kepada lima anak itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap Rozana Misbun, 38, yang ketika itu merupakan isterinya di kaunter PNB Jalan Tun Razak, di sini pada jam 3 petang, 2 Jun 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Majistret Ampang melepas dan membebaskan Awie daripada pertuduhan mencederakan Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang selepas mereka bersetuju kes itu diselesaikan di luar mahkamah. (rtky/s)