Awie Akui Diri Anak Derhaka, Kesal Tidak Sempat Jaga Ibu Lama
Sedih juga kami baca kisah berkaitan pemergian ibunya baru baru ini, Awie mengakui berasa kesal tidak dapat menjaga ibunya sendiri untuk tempoh yang lebih lama.
“Saya ralat kerana arwah emak jaga saya selama 46 tahun namun saya hanya sempat menjaganya selama sebulan sahaja. Itu yang membuatkan saya sebak ketika membacakan talkin dan kerana itulah saya menggelarkan diri saya sebagai anak derhaka. Malah emak saya baru sahaja tinggal bersama saya namun saya sudah kehilangannya,” ujar Awie.
BACA: Awie Minta Rozana Misbun Pulangkan Harta Sebelum Meminta Cerai
Penyanyi dan pelakon ini turut menambah yang beliau mengambil iktibar dari kehilangan bapanya sebelum ini untuk tidak terlalu meratapi pemergian ibunya.
“Saya mengambil pengajaran dari kehilangan arwah ayah yang mana saya menjadi sasau hampir empat bulan sehingga pelbagai gangguan jahat datang. Jadi saya mengambil ikhtibar dari kejadian tersebut,” dedah Awie lagi kepada portal GUA hari ini.
Awie mengakui yang 2014 bukan tahun yang mudah untuk dirinya dan beliau telah berazam untuk memberikan yang terbaik untuk keluarganya di masa hadapan. (rtky/m)
Pengajaran kepada anak2 muda, diketika masih hidup, jenguk2 la ibu bapa kita.
Nak call awek/pakwe boleh top-up duit hari2 bila habis credit.
Mak bapak nak call seminggu sekali kat kampung pun bukan main susah.
Bila dah takde, kesal pun dah xde gunanya lagi.
hmnnn, kalau sesiapa baca komen saya ni sila forward pada bang awie.
berubah la bang awie. solat tu jgn tinggal sbb tiang agama, kurang2 kan lah hiburan tu. buat amal ibadah nescaya allah turunkan para malaikat menjaga abang dari malam ke subuh, siang ke malam.
kalau abang tak caya, abang start solat 5 waktu dan mengamalkan bacaan ayat2 Quran yg paling seperti al-fithah, kursyi, 3-4 qul, selawat, bersedekah dan beramal. saya dulu mcm abang, saya dah cuba dekati agama, hidup lebih tenang. alhamdullilah rezeki wang ringgit saya idak ler terlalu mewah tapi tak putus. kepala otak pun tak serabut.
insyallah.
islam ni mudah je bro, jaga solat, tingkah laku, mulot n lidah nescaya “settle” didunia. islam x suruh pun berkelumbong n berjobah. x terlambat bro. sedangkan allah amponkan dosa2 geng jahilliah/firaun waktu zaman nabi muhammad saw walaupon dh jadi mati jadi abu, inikan pulak kita yg dilahirkan sememangnya ada asas dlm islam ni. renongkan…
Semuga Awie diberikan hidayah oleh Allah. Berubahlah Awie, kasihan mak dan ayah kamu di alam barzakh.
Korg tau ke awie solat cukup ke x?
Eh tak baik tuduh awie tak solat. Walaupun dia ada business kelab malam yang hidang arak…tapi dia tetap jaga solat dia. Kan? eh..wait!!
Beri nasihat pun susah, ada saja yg memputar belitkan. Macamana negara nak aman dan makmur. Raayat yang berugama lain ketawa dan bertepuk tangan.
Alhamdulillah Awie…
paling tidak awie dah Allah bagikan waktu untuk menjaga ibu…
dan kepada yg masih ada ibu/ayah, hargailah waktu2 yg masih berbaki…
dan yg paling penting….jgn putus doakan yg terbaik untuk mereka, walaupun mereka dah tiada.
tk perlu beri tahu pada umum lah – kedaionlinemy.com
Dont be too hard on urself awie.
Insyaallah maybe mak awie dah ampunkan semua salah silap awie sebelum dia pergi.
Sekarang awie kena usaha jaga diri n anak anak sebab ibu bapa dah xda.
Semoga awie n famili selamat dunia akhirat. :)
smua Manusia ada mlkukn kslpn, olh itu muhsbhlah DRI sndri dhlu sblm mngta org ….