Peminat hiburan Malaysia ramai yang terkejut minggu lalu apabila ada laporan menyebut yang penyanyi Shila Amzah pernah berpacaran dengan Awi Rafael dan pastinya sebelum Sharnaaz Ahmad.

BACA: Shila Amzah Pernah Bercinta Dengan Awi Rafael?


Bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini, Awi Rafael menjawab laporan tersebut dengan menyebut hubungan beliau dan Shila Amzah sebelum ini tidak lebih dari hubungan sebagai rakan artis.

“Saya ikhlas berkawan dengan Shila dan tidak pernah terfikir bercinta pun waktu itu. Hubungan kami seperti rakan-rakan artis lain. Sebagai rakan artis saya gembira dengan pencapaiannya dalam bidang seni”

Awi Rafael yang baru sahaja putus cinta dengan pelakon Hanez Suraya berkata beliau buat masa ini tiada masa untuk mencari cinta dan ingin fokus terlebih dahulu terhadap kerjaya beliau.