fbpx

Awi Rafael Minta Netizen Positif, Henti Kecam Foto Seksi Atikah

Selepas isu tak jadi kahwin, baru-baru ini nama Atikah Suhaimie menjadi bualan ramai apabila pelakon itu memuat naik fotonya yang agak seksi berenang di pantai.

Malah ada netizen mengatakan Atikah tidak mungkin akan berubah dan kerana cara pemakaiannya itulah menyebabkan dia dan Awi Rafael putus tunang.

BACA: “Patutlah Putus Tunang, Bila Nak Berubah Tak Tahu”

Meskipun sudah tiada lagi hubungan istimewa, nampaknya hubungan mereka baik dan Awi masih lagi mengambil berat terhadap tunangnya itu. Menerusi ruangan komen, Awi meminta netizen untuk positif dan berhenti mengecam bekas tunangnya itu.

Komen Awi itu dibalas oleh Atikah dengan ucapan terima kasih dan memuji sikap Awi yang sentiasa manis seperti selalu.

Susulan komen oleh Awi itu, rata-rata netizen memuji sikap profesional antara kedua mereka. Malah ada netizen masih mengharapkan agar mereka berdua berkahwin.  Bagus kedua selebriti ini, tidak bermakna jika tiada jodoh mereka perlu saling bermusuhan.