fbpx

Sejak hujung tahun lalu penampilan pengacara Daphne Iking menjadi perhatian ramai apabila tampil bertudung.

Membuat keputusan untuk bertudung sejak Oktober tahun lalu, Daphne mendedahkan pada awalnya dia memakai tudung untuk menyembunyikan uban ketika menghadiri satu acara majlis

BACA: Harga Roti Naik, Daphne Iking Dikecam Suruh Buat Sendiri Pakai Thermomix

“Bapa saya meninggal dunia akibat kanser dan sejak itu saya banyak terbabit dengan aktiviti kesedaran kanser. Rambut saya sangat panjang, lebih paras pinggang dan syarat untuk mendermakan rambut mestilah tidak boleh melakukan sebarang rawatan membabitkan bahan kimia selama enam bulan.

“Tapi, dalam tempoh itu uban saya juga makin jelas kelihatan. Nak dijadikan cerita, selepas diberikan kelonggaran keluar rumah, saya perlu hadiri majlis bertemakan warna ungu dan ketika bersiap-siap saya cuba tutup uban saya dengan pakai turban.

“Malangnya saya cuma ada selendang ungu, bila saya cuba gayakan ala-ala Grace Kelly, tudung saya ‘terpeleot’ sampai ke belakang jadi saya pakai topi selam (diving cap) warna hitam dan padankan dengan selendang itu,” katanya.

Meluahkan rasa syukur perjalannya untuk berhijab dipermudahkan Daphne berkata dia kini berasa janggal jika keluar rumah tanpa tudung.

“Seganlah… dah berumur nak pakai macam Halle Berry! Pergi pantai macam tu. Jadi saya pakai baju diving dan perlahan-lahan saya beritahu suami saya nak jualkan semua baju seksi saya. Proses bertudung itu saya teruskan sampai Ramadan dan hari raya, bila buka tudung saya jadi janggal.

“Kalau boleh dalam rumah pun ketika sesi temubual virtual saya akan cuba seboleh-bolehnya untuk tutup, paling tidak saya pakai anak tudung dan topi,” katanya.

Dalam pada itu, Daphne berkata suaminya turut memberikan sokongan kepadanya serta berharap dirinya akan kekal istiqamah.