Mari mulakan perang kenyataan akhbar & kita mulakan yang rasmi dari Awal Ashaari.

Beberapa minggu yang lalu di bulan Ramadhan, Zarina Anjoulie ada mengeluarkan kenyataan pedas di Twitter.

Kenyataan pedas & kurang sedap di’dengar itu di’percayai di’tujukan kepada pengaraca program Fuhh!, Awal Ashaari.

Dalam kenyataan pedas itu, Zarina Anjoulie mendakwa Awal Ashaari hanya tahu membongkar rahsia orang lain tetapi apabila sampai masa rahsia beliau didedahkan, Awal Ashaari mengelak.

Berkata kepada mStar Online, Awal Ashaari berkata beliau tidak tahu apa sebab musabab Zarina Anjoulie bertindak menghina beliau sebegitu rupa.

Awal Ashaari mendakwa telah melihat kembali lima episod Fuhh! yang telah lepas dan tidak ada satu pun slot yang mengaitkan kisah peribadi Zarina Anjoulie.

Kekasih Scha al-Yahya ini turut berkata yang Zarina Anjoulie mengeluarkan kenyataan tersebut hanyalah untuk meraih perhatian & mencari publisiti murahan.

High five Awal Ashaari! Kami sebenarnya setuju dengan kenyataan ‘publisiti murahan’ tersebut. Sejak akhir akhir ini, Zarina Anjoulie banyak mengeluarkan kenyataan pelik melalui akaun Twitter beliau.

Kami pasti sebelum tamat hari ini, pasti akan ada kenyataan dari Zarina Anjoulie membalas kenyataan Awal Ashaari hari ini. Stay tuned!