fbpx

Barang Awal Ashaari Kena Curi Ketika Kemalangan

Siapa sangka ketika anda terlibat dengan kemalangan, masih ada individu yang ingin mengambil kesempatan di atas anda. Baru-baru ini, pengacara Awal Ashaari turut mendedahkan beberapa barangan peribadinya hilang dicuri ketika terlibat dalam kemalangan jalan raya 29 Mac lalu.

BACA: Awal Ashaari Masih Trauma & Mahu Cari Pemandu

Menurut Awal, antara barangan yang hilang termasuklah kasut yang dipakainya ketika itu malah dalam masa yang sama dia juga tidak menyangka ada pihak tergamak berbuat demikian ketika orang sedang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan.

“Saya tahu selalunya apabila berlakunya satu satu kemalangan, ada saja orang yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan terhadap kejadian yang berlaku terutamanya mencuri barang- barang mangsa”

“Bagi saya itu tidak patut kerana mereka perlu menghulurkan bantuan. Saya juga mengalami nasib yang sama apabila beberapa barangan keperluan penggambaran milik saya diambil.

“Peliknya kasut yang saya pakai pun boleh hilang. Mujurlah dompet saya tidak dicuri,” katanya kepada mStar Online baru baru ini. (rtky/s)