fbpx

Awal Ashaari Masih Trauma & Mahu Cari Pemandu

Terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan keadaan keretanya rosak teruk pada 29 Mac lalu, Awal Ashaari menjelaskan ketika ini dia terpaksa menggunakan perkhidmatan teksi dan mengakui memerlukan pemandu sementara.

BACA: Awal Ashaari: Mungkin Tuhan Mahu Sampaikan Sesuatu

“Banyak kali juga saya menggunakan perkhidmatan teksi sekarang ini sehingga mereka sudah kenal saya dan bertanya keadaan saya selepas kemalangan”

“Saya mungkin akan mencari pemandu dalam masa terdekat supaya mudah untuk saya bergerak kemana-mana dan tidak menganggu sesiapa terutama isteri saya yang sibuk bekerja,” katanya yang menjelaskan keputusan tersebut dibuat atas nasihat doktor.

Tambah Awal yang turut mengadakan majlis kesyukuran di Marhaba Restaurant, Publika, pada Ahad lalu, pemandu yang dicari ini hanyalah untuk sementara waktu sahaja sehinggalah kesihatannya benar-benar pulih dan juga berharap trauma kemalangan tersebut berkurangan.

Majlis kesyukuran yang diadakan selepas Awal terselamat dari kemalangan ini turut dihadiri oleh anak-anak Tahfiz Al-Mustaqim, Paya Jaras, Selangor. Semoga kesihatan Awal akan bertambah baik dan kembali berani memandu sendiri. (rtky/s)