fbpx

Abby Abadi Dakwa Norman Hakim Lepas Tangan Isu Marissa Dania

Dalam kemaskini terbaru di akaun Instagram beliau, Abby Abadi meluahkan rasa menyesal memberikan kenyataan kepada media melalui temubual ekslusif apabila banyak media lain mengambil peluang untuk menulis perkara yang tidak baik tentang anaknya.

BACA: “Sedih & Terluka Bila Anak Kita Dipersenda, Dicaci Maki Ikut Suka”

Bekas suami Abby Abadi dan juga bapa kandung Marissa Dania menerusi ruangan komen menepis dakwaan yang beliau mengambil sikap lepas tangan dalam isu Marissa Dania yang didakwa berkahwin di Thailand dengan lelaki bergelar suami orang.

“Istighfar, bawak bertenang. Lagi banyak menulis lagi banyak salah faham nanti. Tak pernah sesaat saya lepas tangan. Dah habis sini sahaja, lepas iftar sesama sambung sembang. Tak perlu semua benda kena kongsi seantero Malaya, tulis Norman Hakim.

Abby Abadi kemudian membalas komen tersebut meluahkan rasa kecewa dengan sikap dan tindakan Norman Hakim tentang isu ini selain mendakwa bekas suaminya itu memang seorang yang suka melakukan satu perkara dengan sesuka hati semenjak anak-anak mereka masih kecil.

“Isu ini isu besar. Selagi tak selesai selagi itu orang akan bercerita. Antara kita memang ini yang berlaku pun. Awak memang sangat mengecewakan. Saya penat menyimpan”

“Kesian anak-anak saya dari kecil awak buat sesuka hati awak. Sekarang mereka sudah besar. Jadi tidak perlu kita berbaik pun tidak apa. Tiada beza,” balas Abby Abadi yang jelas kecewa dengan situasi semasa.