Aura White Cari Jurucakap, Wajah Baru
Jenama Aura White memang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia lebih lebih lagi kepada mereka yang sukakan kecantikan. Yang sudah mencuba pastinya tahu akan bagusnya produk Aura White dan kini ada peluang untuk anda menjadi wajah baru mereka.
Menerusi pertandingan Pencarian Wajah Aura White, jenama kecantikan ini mahu mencari wajah & jurucakap baru untuk mereka melalui kaedah pencarian di laman web www.aurawhitetv.com yang baru dimulakan dan tarikh tutup penyertaan pada 1 Mac 2015.
Program berkonsep realiti di laman web itu akan memaparkan aksi peserta selama 20 minit setiap episod. Ia akan mula ke udara pada Mac nanti. Juara akan dilantik selaku jurucakap produk dan membawa pulang hadiah termasuk wang tunai RM10,000.
Mereka yang bemrinat perlu merakam gambar bersama produk Aura White yang digunakan dan memuat naik permohonan melalui web atau pos. Pihak penganjur akan menapis dan hanya 200 wanita akan dipanggil dan akan ditapis kepada 30 orang sebelum 12 finalis dipilih.
“Kita dah banyak program di kaca TV biarlah kami buat kelainan dan syarat utama peserta mesti menggunakan produk kami,” ujar pengasasnya Furynna Azmir.
Anda yang berminat untuk muncul sebagai wajah baru dan jurucakap Aura White dan bekerjasama dengan nama besar seperti Izzue Islam, Natasha Hudson, Ayda Jebat & Amyra Rosli, jangan tunggu lagi sila layari www.aurawhitetv.com mengikut terma & syarat.
nk join mesti kena comel2 dn cantik2 ni heheheh btol tak? sapa setuju?
Model2 tu da cantik pun
Aida Jebat tak comel.. x best pon!
nyah bole msok x???kalo nyah yg masok..mesti ramai retis2 n mat saleh nk jilat bontot nyah ni…
Biar orang kutuk awaa kak Ayda tp sia tetap syg awaa sampai langit jatuh tanah tau! Janji sia utk awaa
Empat seginya muka si ayda tu eh!! Mcm kotak tisu pun ada.. Ooopsss! Kenyataan harus diterima! Hahaha