Pelakon Sharifah Sakinah kagum dengan anak saudaranya, Auddra Zulkifly, yang disifatkan mempunyai karakter seorang penghibur ketika di program Talk To My Manager (TTMM).
Memetik Utusan Online, Sakinah berkata dia tidak mahu Auddra tertekan sepanjang bertanding program tersebut sebaliknya bergembira ketika membuat persembahan.
BACA: Takut Penyakit Ain, Sharifah Sakinah Tak Nak Terlalu Tayang Suami
“Untuk umur Auddra baru 16 tahun, saya rasa dia dah buat yang terbaik. Pertandingan bukan sebab menang atau kalah, tapi juga untuk bergembira.
“Orang lain nampak tertekan, tapi saya bangga dengan Auddra sebab dia santai sahaja. Lagipun, kenapa kita nak bagi tekanan kepada budak umur 16 tahun, kan? Saya hanya mahu dia bergembira atas pentas,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai gelaran ‘Mini Sakinah’ yang diberikan kepada Auddra, Sakinah berkata anak saudaranya itu jauh lebih berani darinya serta mempunyai persona Superstar.
“Saya lihat Auddra lebih berani daripada saya. Dia ada lagi persona seorang superstar. Saya mungkin tidak akan ke pentas seperti itu sebab minat saya memang dalam lakonan.
“Persona dalam media filem dan persona di pentas memang berbeza. Jadi biar saya ke arah lain, dan dia ke arah lain. Tapi hala tuju dan niat masih sama,” katanya.