fbpx

Atikah Suhaimie Tak Dapat Tunjuk Skil Masak Pada Suami

Jika mengikut perancangan, 17 Mac lalu, Atikah Suhaimie sudah pun menjadi isteri kepada Awi Rafael. Namun, sudah ditakdirkan tiada jodoh antara mereka apabila majlis perkahwinan dibatalkan pada saat akhir.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Menerusi Instagram, Atikah meluahkan perasaan membayangkan keseronokan jika dapat menunaikan tanggungjawab sebagai isteri menyediakan juadah untuk suami sepanjang bulan Ramadan. Malah, impiannya untuk menunjukkan skil memasak pada suami juga tidak kesampaian.

BACA: “Patutlah Putus Tunang, Bila Nak Berubah Tak Tahu”

“Saya melalui tahun yang sangat mencabar… Ramadan, terima kasih kerana hadir kembali. Difikirkan, tahun ini, saya dapat menunjukkan skil memasak kepada suami, namun, ia tidak mungkin berlaku.

“Nampaknya, bahagian saya masih berada di dapur dan membasuh pinggan mangkuk serta membantu ibu,” katanya berkongsi entri di Instagram.

Terdahulu, tinggal beberapa hari saja lagi menjelang hari bahagia mereka, Awi memaklumkan majlis pernikahannya dengan Atikah dibatalkan. Awi memberitahu, dia dan Atikah berdepan dugaan hingga majlis terpaksa dibatalkan.