fbpx

Atikah Suhaime Pelik Kurang Dapat ‘Like’ Walaupun Ada 1 Juta Followers

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, pelakon Atikah Suhaimie meluahkan rasa pelik perkongsian foto dan video di Instagram kurang mendapat samabutan.

Atikah berkata dia mempunyai 1 juta pengikut tapi perkongsiannya kurang mendapat ‘like’ serta tertanya-tanya adakah ianya disebabkan kandungan dikongsikannya tidak menarik.

BACA: Kekasih Puji Cantik Berhijab, Atikah Suhaime Belum Bersedia

“Instagram nampak sedikit pelik sebab saya mempunyai sejuta followers tapi dimana semua likes dan viewers? Bolehkan seiapa beritahu saya apa sebenarnya yang terjadi,” katanya.

Kata Atikah lagi, dia tidak pernah membeli pengikut serta mempersoalkan adakah mungkin kerana dia tidak memuat naik video TikTok atau perlu memuat naik aksi comel di media sosial.

“Nampak macam saya membeli followers padahal saya memperolehnya selama sembilan tahun saya berada dalam industri atau mereka semua ghost followers.

“Adakah disebabkan tak buat TikTok atau sebab saya jarang kongsi video atau adakah pengikut mahu saya untuk sentiasa comel 24 jam?” katanya.

Perkongsian Atikah itu mendapat reaksi daripada rakan artis, Afifah Nasir yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia tidak menghargai bakat dan lebih gemar dengan video yang tidak berpendidikan.

“Kesian sungguh awak, sedih tapi benar engagement awak akan menjadi tinggi jika berkongsi video tiktok menari dengan mendedahkan aset. Orang kita suka perkongsian yang tidak berpendidikan dan bakat tidak dihargai di Malaysia,” tulisnya.